Tuesday, December 29, 2009

kursus di Putra Jaya


blogger baru sahaja tamat kursus di Putra Jaya hari ini...sekarang KS dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu

Wednesday, December 23, 2009

ISU DR. ROSLI

Pagi ini, Khidmat Syariah (KS) amat memandang berat tuduhan TV1 dalam ulasan akhbar bahawa Perkahwinan Dr Rosli adalah tidak sah...kebetulan KS ada di mahkamah syariah ketika kesnya di sebut. Itu lah jahilnya TV 1... Perkahwinannya belum disahkan batal oleh mahkamah tapi hanya perintah MUFARAKAH sementara sebelum dibicarakan..itu aje. Apa pun soal prosedur kahwin ini KS nak ingatkan kepada semua orang..berhati-hatilah...terjebak dengan cara sindeket ini...inilah padahnya. Kalau nak berpoligami...KS boleh beri nasihat dan tunjuk jalan yang betul.
Tapi apapun KS nak ucapkan jutaan tahniah di atas sikap gentlemen Dr Rosli meletak semua jawatan dalam kerajaan hanya atas isu kecil ini..sekurangnya sikap ambil tanggungjawab menjaga imej parti dan kerajaan suatu yang patut di contohi oleh Arif Fahmi.
KS rasa Arif Fahmi cermin diri..ikutlah seperti Dr Rosli...kalau tak tahu cari duit jadi broker dah cukup makan..
Sekian..jumpa lagi

Tuesday, December 22, 2009

USRAH (KELUARGA BLOGGER)


Gambar pertama yang dipaparkan ialah gambar keluarga penulis...agak ramai...tapi yang mana satu agaknya penulis...cuba teka.

SALAM PENGENALAN KHIDMAT SYARIAH BLOG

Salam untuk semua....

Blog Khidmat Syariah akan mula menemui anda semua bagi mengambil ruang memberi pendapat selain mewarnai isu-isu syariah secara disiplin ilmunya bagi menjawab semua persoalan yang timbul.

Penggendali Blog ini bukanlah orang yang mahir secukupnya dalam masalah syariah, jauh sekali mengendalikan komputer ini, tapi dengan sedikit pengalaman dan kecetekan ilmu sebagai seorang Peguam syarie , Blog Khidmat Syariah ini akan membantu dan mengambil bahagian dalam ruang dakwah di alam maya....

Buat permulaan...sekadar belajar mengatur operasi blog dengan anak ku yang tercinta Syifa Nasuha....terima kasih anakku yg mengajar bagaimana abah boleh menggunakan blog ini....

Hinggan ketemu lagi...